Sebelum tidur.. teringat pula aku pada sebuah perkenalan.. sebuah harapan.. dan berakhir dengan penantian.. kenapalah kita berjumpa dan harus berpisah.. teringat pula bait2 lagu "sesuatu.. yang tak disangka.. seringkali mendatangi kita.. itukah suratan dalam kehidupan.. atau sekadar satu kebetulan"... Ya ALLAH ya TUHANku.. kau tabahkanlah hatiku Ya ALLAH... memang LELAKI menyakitkan.. tetapi biarlah ia menjadi kenangan. walau sedetik cuma.. aku pasrah dengan ketentuan-NYA.. semoga ALLAH swt pertemukan jodohku dengan lelaki yang soleh dan dapat menbimbing aku ke jalan-NYA..
Ermm rasa macam nak beritahu sesuatu lah.. bila sebut jodoh.. teringat pula zaman sekolah dulu.. hehe.. siap tulis dalam buku khas.. ciri-ciri lelaki idaman.. haha kelakarlah kalau ingat balik.. dan nama-nama bakal anak pada masa akan datang..ermm poyo jer.. ok sekarang nak bagitahu ni.. ppss! kepada yang dah baca , especially kaum lelaki, tolong jangan terasa yea.. hehe.. ok ciri-ciri lelaki idaman saya mestilah soleh tapi pandai bersosial.. kiranya seimbanglah.. hormat orang tua saya dan adik-beradik saya.. maklumlah saya ni ramai adik-adik lelaki.. dia juga mesti berpendirian tegas, bertanggungjawab, pandai memasak (macam bapak saya) dan amanah dalam sesuatu perkara.. lagi satu. hah.. ini yang penting ni.. dia mestilah boleh jadi imam.. alhamdulillah.. satu bonus sekiranya dapat lelaki yang boleh jadi imam.. bukan senang tau nak cari lelaki macam tu.. zaman sekarang nih ramai lelaki yang tahu solat tapi bila disuruh jadi imam.. semuanya tersengih sengih.. cakap je lah tak tahu.. kan senang..
Ermm.. lagi satu pula, nama-nama kesukaan untuk anak kelak.. mestilah simple dan bermakna (macam nama sayalah zatiyah) nak tahu tak apa makna disebalik nama zatiyah.... maksud disebalik nama zatiyah ialah "berkeperibadian" dalam inggeris nya "personality".. ini pun tahu maksud nama semenjak mula belajar di kolej islam antarabangsa.. ustaz fauzan yang carikan maksud nama saya.. terima kasih ustaz, kalau tak kerana ustaz cari nama saya dalam kamus arab.. saya sampai sekarang pun tak tahu maksud nama saya..
Sekarang nih.. bantal dah memanggil manggil dah.. mata pun dah berat nih.. kita sambung lagi esok ya.. banyak yang nak di kongsi nih.. salam..